UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

PRU15: Presiden KDM akan fail semakan di Mahkamah Tinggi

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar ASTRO AWANI

TENOM: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony akan memfailkan semakan status kepada Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat untuk menyemak sama ada beliau layak atau tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).

Perkara itu tegas Peter dibuat susulan bantahan pencalonan nama beliau di saat akhir dipercayai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pusat kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Kita dimaklumkan atas sebab apa dibatalkan, mereka (SPR) menyatakan ia dibatalkan oleh SPR Pusat.

“Sehubungan itu, saya telah membuat laporan dan akan memfailkan perkara ini ke Mahkamah Tinggi pada Isnin ini bagi melihat sama ada saya layak atau tidak untuk bertanding,” katanya.

Peter berkata, dalam penghakiman Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini, sabitan tersebut telah digantung bererti saya tiada apa-apa kesalahan, malah dokumen itu telah diserahkan kepada SPR dan Pegawai Pilihan Raya.

“Tetapi mereka tidak menerima perkara ini seolah-olah saya seorang penjenayah dan tidak layak bertanding. Jadi, perkara ini saya akan serahkan kepada mahkamah,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Tenom.

Ditanya sama ada pembatalan pencalonan beliau akan menjejaskan calon parti KDM di kawasan lain di Sabah, Peter yang juga ADUN Melalap menyifatkan ia sebaliknya adalah kemenangan kepada parti itu.

Menurutnya, perkara itu akan memberi semangat kepada calon-calon dan penyokong KDM di tujuh lagi kawasan yang ditandingi.

“Ini satu kemenangan kepada kami kerana kami layak bertanding tetapi cuba dinafikan kerana ada tangan ghaib yang cuba campur tangan dalam demokrasi Malaysia.

“Jadi, kita tidak akan berputus asas dan saya ingat penyokong juga begitu. Selagi mahkamah ada, biar mahkamah yang menentukan sama ada kami layak bertanding (atau tidak),” katanya.

Mengulas mengenai tindakan penyokong beliau sehingga membuat rusuhan, Peter berkata, perkara itu timbul susulan ketidakpuasan hati para penyokongnya apabila pencalonan beliau dibatalkan.