UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pusat Asasi Pengurusan terima Anugerah Khas MOSTI dan dua emas di PIITRAM 2024

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Nur Hidayah Abdullah

Gambar Pusat Asasi Pengurusan/UUM Today

NILAI, 11 Mac – Pusat Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia (PAPUUM) berjaya merangkul Anugerah Khas MOSTI dan dua pingat emas di Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi 2004 (PIITRAM 2024) di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), baru-baru ini.

Produk inovasi ‘MyCare’ yang dihasilkan oleh Nyiew Yan Zhang, Muhammad Zharfan Asmadi, Chu Jian Qi, Muhammad Syafiq IKhwan Gusti Saidin dan Anis Afiqah Fazlee membawa pulang piala anugerah khas PIITRAM 2024 yang menjadi rebutan peserta.

Anis Afiqah berkata, idea menghasilkan ‘MyCare’ timbul apabila kerap melihat pesakit hospital terutamanya warga emas dan orang kurang upaya mengalami kesukaran setiap kali mengunjungi hospital berdekatan.

Selain itu, menurutnya, temu janji bersama doktor yang lama diikuti dengan barisan pesakit yang panjang, menyebabkan mereka perlu mengambil masa berjam-jam telah mendorong pasukannya mendapat ilham untuk menghasilkan aplikasi ‘MyCare’ bagi membantu golongan ini.

Sebanyak 342 produk inovasi dipertandingkan dan 11 daripada produk inovasi tersebut adalah dari Pusat Asasi Pengurusan (PAP) UUM.

PIITRAM 2024 yang dinaungi oleh Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam adalah pertandingan peringkat kebangsaan yang mengetengahkan bakat pelajar dan staf asasi dan matrikulasi dalam inovasi. Ia juga adalah medan menghasilkan reka cipta berteraskan pendekatan interdisiplin dalam bidang Sains Sosial, Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi.

Selain itu, PAPUUM telah berjaya meraih dua pingat emas menerusi projek inovasi staf (kategori pentadbiran) iaitu CampEase dan projek inovasi pelajar (kategori Sains Sosial) iaitu MyCare. Kumpulan CampEase dianggotai oleh Ali Abdul Rahman, Abdul Halim Ayob, Nur Shazwani Shariffudin, Nur Hidayah Abdullah dan Amirah Farzanah Sulaiman.

Sementara itu, Abdul Halim menzahirkan perasaan bersyukur kerana berjaya mencapai sasaran memperoleh pingat emas pada tahun ini, selepas hanya memperoleh pingat perak semasa PIITRAM 2023 menerusi projek STUDEIO.

Menurutnya, projek inovasi CampEase merupakan aplikasi telefon yang direka untuk memberi platform kepada pelajar-pelajar UUM untuk mempromosi kemahiran mereka kepada warga kampus, di samping membuat pendapatan bulanan hasil daripada kemahiran yang mereka ada sebagai contoh, menggunting rambut, mengurut, berbekam, pereka grafik, servis mencetak dan lain lain.

PAPUUM turut berjaya meraih empat pingat perak menerusi projek inovasi Kategori Kategori Pelajar (Sains Sosial) iaitu Projek LEARNROCKET, HERBOX, STACCOM dan ATMA serta lima pingat gangsa bagi Kategori Pelajar iaitu projek BLOOM BUDDY, ECOGROWTH NOTEBOOK, MINUSQ, HANGTECH dan QUR’ANGLOW STAND.

Pengarah PAP, Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta PIITRAM, staf pentadbiran dan akademik yang bertindak sebagai mentor serta pihak ICC UUM yang berganding bahu dalam menjana idea bagi penghasilan produk-produk inovasi ini.

“Penyertaan PIITRAM berpotensi melahirkan generasi yang prihatin dan ihsan dengan keperluan masyarakat serta proaktif dalam penghasilan inovasi kepada penyelesaian masalah untuk kesejahteraan insan, selaras dengan matlamat Masyarakat MADANI,” katanya.

Majlis penutup PIITRAM 2024 disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor.