UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Ramadan Pusat Islam dipenuhi aktiviti

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Berita dan gambar Madihah Mohamad Ibrahim/UUM Today

SINTOK, 21 Mac – Sejak 1 Ramadan lalu, Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan pelbagai program seperti ceramah, tazkirah, Daurah Kitab, Tadarus Al Quran, Program Santuni  Asnaf Bakul Ramadan dan solat Tarawih di Masjid Sultan Badlishah.

Pusat Islam tetap mengambil inisiatif menyediakan hidangan iftar di Masjid Sultan Badlishah walaupun pelajar kini mengikuti aktiviti pembelajaran secara maya.

Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Mohamad Khadafi Rofie berkata, juadah iftar ini dapat menyantuni 200 jemaah yang terdiri daripada kalangan pelajar antarabangsa dan juga pelajar Asasi yang berada di kampus.

Menurutnya, selain dari tadarus Al-Quran secara bersemuka di masjid dan secara online untuk kakitangan UUM, Pusat Islam dengan kerjasama sekretariat masjid telah menganjurkan Tadarus Al-Quran dan perkongsian Mutiara Ramadan secara online untuk pelajar.

“Sambutan pelajar bagi program ini amat menggalakkan dan mendapat maklum balas yang amat baik dari pelajar yg berada di kampung masing-masing.

“Pusat Islam dengan sedaya upaya menyediakan iftar secara percuma dan pelbagai program bagi mengingatkan warga kampus tentang peri pentingnya meningkatkan ibadah masing-masing di bulan penuh pahala dan keampunan ini,” katanya.

Pusat Islam juga menyeru warga kampus agar dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program yang telah diaturkan dan juga supaya semua warga dapat meningkatkan pahala di bulan yang terdapat lailatulqadar ini.