UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Ratu Elizabeth II mangkat

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

SCOTLAND: Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir pada Khamis.

Berita itu disahkan oleh Istana Buckingham menerusi kenyataan akhbar yang dimuat naik pada Instagram The Royal Family.

Baginda yang merupakan pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral.

Serentak dengan pengumuman ini, bendera di UK dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.