UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Rejimental tingkat daya juang

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Kejayaan sesebuah organisasi bukan sahaja bergantung kepada kemampuan pengurusan dan kepimpinan dalam organisasi malah dipengaruhi juga oleh faktor disiplin serta ketahanan mental dan fizikal pentadbir.

Penolong Pendaftar Kanan, Unit Latihan, Jabatan Pendaftar, Kartini Tajul Urus berkata, Program Rejimental Siri 1-2023 Bagi Pegawai Tadbir & Ikhtisas Dan Pegawai Kumpulan Sokongan 1 Universiti Utara Malaysia (UUM) bertujuan meningkatkan semangat kerja berpasukan secara lebih berkesan berdasarkan elemen saling melengkapi.

Jelasnya, rejimental yang bermula semalam dianjurkan oleh Unit Latihan Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Markas PALAPES UUM untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan staf agar bekerjasama dengan lebih mantap dalam satu pasukan.

Latihan lasak yang diharungi 80 Pegawai Tadbir dan Iktisas dan Pegawai Kumpulan Sokongan 1 berupaya meningkatkan kerjasama antara pasukan selain menguji kekuatan mental dan fizikal.

“Usaha ini untuk menyemai sikap, nilai dan kebolehan pegawai dalam melaksanakan tanggungjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan selain membantu meningkatkan ketahanan fizikal dan mental pegawai.

“Sepanjang program rejimental, semua peserta mempamerkan daya juang dan semangat yang tinggi ketika menjalani latihan serta sikap positif dan saling bekerjasama di antara satu sama lain, syabas semua,” katanya.

Tambahnya, tempoh latihan yang berlangsung selama tiga hari yang disertai peserta dari pelbagai jabatan itu mampu membina daya ketahanan mental dan fizikal peserta dalam melaksanakan aktiviti lasak.

Aktiviti yang penuh cabaran ini antaranya latihan ‘abseiling’ dan ‘rapelling’, ‘water confidence’, ‘river crossing’, pertandingan log relay dan latihan kawad kaki yang merupakan salah satu daripada latihan yang  dilalui untuk menerapkan disiplin dan bekerjasama yang tinggi. 

Rejimental ini melibatkan beberapa lokasi berasingan seperti Kem PLKN Sintok, Padang Kawad PALAPES, Kem 6 RAMD dan kawasan sekitar Sintok dan Changlun.