UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

RENTAS semarak aktiviti bahasa, sastera dan budaya di persada antarabangsa

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Ahmad Ali Khan Muhaimin/UUM Today

SINTOK: Penyelidikan merupakan tunjang kepada pembangunan serta perkembangan tamadun manusia.

Bagi membuktikan betapa pentingnya dapatan kajian dilakukan, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (RENTAS 2023) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara, semalam.

Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, usaha murni pihak SLCP dan DBP menerusi RENTAS 2023 telah menunjukkan bahawa betapa pentingnya hasil dan dapatan kajian yang dilaksanakan perlu dikongsi bersama untuk manfaat semua pihak.

Menurutnya, persidangan tersebut menjadi medan perkongsian pengetahuan dalam usaha mendedahkan peranan bahasa dalam memancar dan menyemarakkan aktiviti bahasa, sastera dan budaya di persada antarabangsa.

“Penganjuran persidangan ini sebenarnya amat signifikan dengan peranan UUM sebagai penjana kecemerlangan akademik negara.

“Saya berharap agar jaringan kerjasama dan perkongsian maklumat dapat terbentuk antara ahli-ahli akademik dan peserta yang terlibat dan sekali gus berjaya menghasilkan penerbitan berkaitan isu-isu yang dibnetangkan di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Dr. Osman Ghazali.

RENTAS 2023 yang dihadiri lebih 100 peserta itu dimeriahkan lagi dengan gimik perasmian puisi bertajuk Firdausi Anak Maghribi oleh Nurafrina Abdul Aziz dan syair bertajuk Berbuat Jasa Irama Tok Kenali oleh Muhammad Lutfi Husaini Hassan dan Mohamad Aiman Rosli. – Nurulnathasya Shahrul Nizam (Pelajar Pelatih dari UPM)