UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Rezeki Dikongsi, Asnaf Disantuni: 100 orang terima Bakul Ramadan dan Bingkisan Aidilfitri

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Mohd Khairy Mukhtaruddin

Gambar Mohd Fuad Hamid/UUM Today

KUBANG PASU, 28 Mac – Program Bakul Ramadan dan Bingkisan Aidilfitri SEFB sempena 40 tahun Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim di Masjid Abidin, Sg. Laka, hari ini.

Program ini menyaksikan penerimaan bantuan oleh golongan asnaf dari lima buah mukim berhampiran UUM iaitu Mukim Sungai Laka, Mukim Temin, Mukim Keplu, Mukim Ah dan Mukim Pering.

Sumbangan tajaan Dato’ Seri Yusuf Taiyoob, pembekal kurma tersohor di Malaysia dan Alumni SEFB UUM ini diberi dalam bentuk barangan asas bagi memenuhi sebahagian keperluan harian.

Muhamad Mahazi dalam ucapannya menzahirkan rasa gembira di atas usaha pihak SEFB, UUM dalam menjayakan program ini selaras dengan usaha Pejabat Daerah untuk membantu pembangunan masyarakat setempat khususnya di Daerah Kubang Pasu bagi mencapai matlamat seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035.

Beliau yang merupakan alumni UUM turut berkongsi pengalaman manis semasa belajar di UUM dan menyaksikan pembangunan pesat daerah ini sebagai sebuah ‘lembah ilmu’.   

Sementara itu, Dekan SEFB, Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri berkata, UUM sentiasa mengambil berat terhadap keperluan masyarakat setempat, terutamanya yang berhampiran dengan kampus.

Menurutnya, sumbangan kecil SEFB ini menjadi simbolik kepada terbinanya kasih sayang dan saling membantu sesama insan, di samping meringankan beban penerima khususnya ketika menjalani ibadah puasa dan sebagai persiapan menyambut Syawal nanti.

Muhamad Mahazi turut meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan serta melawat beberapa orang asnaf yang tidak dapat hadir ke Masjid Abidin sebagai komitmen beliau dalam menyokong program-program kebajikan di kawasan tersebut.

Semoga usaha ini akan memberikan manfaat yang besar kepada golongan asnaf dan masyarakat setempat dalam menghadapi bulan Ramadan yang mulia ini serta menyambut perayaan Aidilfitri yang akan datang.