UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

‘Riadah Itu Ibadah’ bersama Sekolah Rendah Agama Attoyibah

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Afiza Mohammad

Gambar Pusat Sukan/UUM Today

SINTOK, 18 Mac – Seramai 30 murid Sekolah Rendah Agama Attoyyibah Changlun teruja apabila berpeluang menyertai Program Khidmat Masyarakat dengan sesi pembelajaran pemakanan dan senaman anjuran Pusat Sukan, Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.

Penolong Pegawai Tadbir, Najmuddin Arief telah memberi ceramah tentang pemakanan sihat dalam sukan antaranya pemakanan sebelum dan selepas bersukan.

Pengarah Pusat Sukan, Dr. Nasiruddin Haron berkata, program ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial universiti (USR) Pusat Sukan bagi memupuk pembangunan diri dan memperkasa pembinaan karakter untuk pelajar sekolah.

Sementara itu, pelajar tahun 5, Ahmad yang merupakan pelajar antarabangsa dan fasih berbahasa Melay