UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Ruud mara ke separuh akhir

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

NEW YORK: Pemain tenis, Casper Ruud dilihat bakal mencetuskan kembali pertelagahan dengan Nick Kyrgios selepas berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali hari ini.

Pemain kelima dari Norway itu menggelar Kyrgios sebagai ‘bodoh’ itu telah menewaskan pemain Itali, Matteo Berrettini 6-1, 6-4, 7-6 (7/4) untuk mara ke separuh akhir keduanya di Slam 2022 selepas bergelar Naib juara di belakang Rafael Nadal pada Terbuka Perancis.

Finalis Wimbledon, Kyrgios akan berdepan Karen Khachanov hari ini pada peringkat suku akhir.

Ruud dan Krygios saling bertelagah apabila bertemu di Rome Masters pada 2019, malah Kyrgios pernah dikenakan hukuman kerana memarahi pengadil dan membaling kerusi ke gelanggang sebelum terus meninggalkan gelanggang.

Kyrgios akan bertemu Karen Khachanov pada suku akhir, hari ini. Gambar AFP

Dia kemudian dikenakan denda 20,000 euro dan dibuang mata ranking.

Ekoran kejadian itu, Ruud meminta Kyrgios digantung enam bulan dan menggelar saigannya itu sebagai ‘bodoh’.

Kyrgios membalas dengan mengatakan pemain Norway itu ‘membosankan’ dan menyalahkan Ruud kerana ‘mencuri’ mata dengan bermain dalam acara bertahap rendah untuk menaikkan ranking dunia. – AFP