UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

SAC tingkatkan kualiti pengusaha premis makanan  

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Oleh: SAC

SINTOK, 20 Mac – Menyedari kepentingan kualiti dan keselamatan makanan terhadap warga Universiti Utara Malaysia di samping kepentingan halal dalam penyediaan makanan, Pusat Penginapan Pelajar (SAC), Universiti Utara Malaysia menganjurkan Bengkel Pengendalian Makanan & Jamuan Tetamu VIP Universiti 2024, baru-baru ini.

Pengarah SAC, Ahmad Mujahid berkata, matlamat bengkel ini adalah bagi memberi pemahaman serta pengetahuan kepada setiap peserta yang terdiri daripada wakil dan pengusaha premis makanan terhadap Prosedur Pengendalian Makanan & Jamuan Tetamu VIP UUM.

“Bengkel ini juga bertujuan memberi persediaan pengusaha premis makanan di kampus UUM untuk menyediakan jamuan tetamu kehormat (VIP) universiti pada masa hadapan.

“SAC menyahut saranan universiti dalam usaha meningkatkan kualiti pengusaha premis makanan dalam kampus,” ujarnya.

Bengkel ini dimulakan dengan slot pemahaman mengenai kualiti dan keselamatan makanan dari perspektif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang disampaikan oleh Pegawai Teknologi Makanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu.Nur’ Asyikin Md Taib.

Di samping itu, pihak Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti (PKKU) turut menyediakan slot suntikan vaksin typhoid bagi peserta yang memerlukan. Suntikan ini adalah wajib bagi setiap pengusaha dalam sektor pemakanan.

Seterusnya Slot Tatacara Jamuan Tetamu VIP Universiti yang disampaikan oleh Timbalan Dekan HEPA STHEM, Dr. Muhammad Fauzi Mokhtar diikuti     slot kampus niaga halal yang disampaikan oleh Pengarah Institut Pengurusan Halal IBS UUM, Dr. Nor Aina Mhd Khotib.

Slot terakhir disampaikan oleh Jamil Ibrahim wakil dari Syarikat Zaliny Enterprise syarikat berdaftar dengan KKM yang menyampaikan kepentingan Pengendalian Makanan.

Diakhir program, seramai 28 peserta menerima Sijil Latihan Pengendalian Makanan (SLPM) yang merupakan sijil wajib dimiliki bagi setiap pengendali sektor pemakanan serta diiktiraf oleh KKM.