UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Sambutan hari pengasasan sarat aktiviti menarik

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Sintok: Warga kampus memeriahkan Majlis Pelancaran dan Sambutan Hari Pengasasan Universiti Utara Malaysia ke-40 Tahun yang berlangsung di Pusat Sukan, pagi tadi.

Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Datuk Wira Dr. Mohd Shukor Mahfar menyempurnakan Pelancaran Sambutan Hari Pengasasan ke-40.

Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan ketika berucap dalam majlis berkenaan berkata, sambutan Hari Pengasasan UUM ke-40 tahun sarat dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik.

“Tarikh keramat 16 Februari merupakan hari ulang tahun kelahiran UUM. Menariknya Tahun ini usia UUM sudah menjangkau 40 tahun, usia yang matang bagi sesebuah Universiti.

“Justeru sempena sambutan 40 tahun pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya pada petang ini Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UUM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2024/2025.

“Pada malamnya pula, diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena Hari Pengasasan di Masjid Sultan Badlishah,” ujarnya.

Jelasnya, sempena sambutan 40 tahun UUM sebanyak 40 program utama dirancang sepanjang tahun 2024 antaranya Tahun Melawat UUM 2024, aktiviti yang menggalakkan pembudayaan ilmu dan berbentuk program sukan.

“Empat program utama sukan yang meliputi hampir 20 penyertaan daripada pelbagai agensi yang menyaksikan UUM sebagai tuan rumah misalnya Program Sukan Institusi Pengajian Tinggi atau SUKIPT, yang akan dihadiri lebih 10,000 atlet IPT dan staf di UUM.

“Tujuan saya menyebut perkara ini adalah supaya semua dari kita dapat bersedia dan belajar cara untuk meraikan tetamu. Sekurang-kurangnya standard bagi meraikan tetamu yang hadir, sama atau lebih tinggi daripada yang dilakukan oleh jiran tetangga kita,” katanya.