UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Sang Penyu Penyelamat! terima Sijil Kepujian Buku Terpilih 2023

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Rosma Ishak

Gambar UUM Press/UUM Today

SHAH ALAM, 24 Mac – Buku cerita kanak-kanak terbitan imprint UUM Press Kreatif tahun 2021 bertajuk “Sang Penyu Penyelamat!” hasil terjemahan oleh Prof. Madya Dr. Aizan Yaacob, pensyarah di Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) telah menerima Sijil Kepujian Buku Terpilih 2023 daripada Malaysia Board on Books for Young People (MBBY). 

Buku dalam kategori buku terjemahan itu telah melalui peringkat akhir untuk pencalonan ke International Board Book Youth (IBBY). 

Sijil Kepujian untuk Penerbit UUM Press dan Penterjemah telah disampaikan oleh Presiden MBBY, Dato’ Ahmad Redza Ahmad Khairuddin pada 10 Mac lalu di Perpustakaan Awam Negeri Selangor. 

Ahmad Redza berkata, MBBY komited mempromosikan kesusasteraan kanak-kanak Malaysia di luar negara serta pengenalan kesusasteraan asing di Malaysia melalui rangkaian IBBY yang meliputi lebih 70 negara.

“Cita-cita keseluruhannya adalah untuk membina jambatan antara rakyat dan negara melalui kesusasteraan kanak-kanak,” katanya.

Sang Penyu Penyelamat ialah karya terjemahan daripada buku asal Mr. Turtle to the Rescue! yang dihasilkan berdasarkan interpretasi terhadap lukisan yang diilhamkan oleh seorang anak muda autisme Danial Kushairi. 

Penyu dalam lukisan itu ialah hasil inspirasi daripada gambar seekor penyu yang diambil di Pulau Tenggol, Terengganu. 

Prof. Madya Dr. Aizan Yaacob bersama penulis, Akmallina A. telah menulis cerita berdasarkan lukisan tersebut dan menterjemah ke Bahasa Melayu dan buku tersebut telah diterbit dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin.