UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Santai hidden lake hargai alam semulajadi

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Oleh: UUMIT

Sintok, 29 Februari – Sempena sambutan Hari Pengasasan Universiti Utara Malaysia ke-40 Tahun dan Tahun Melawat UUM 2024, UUM Information Technology (UUMIT) melalui Biro Sukan dan Reakreasi, Kelab Kebajikan UUMIT (KKUUMIT) menganjurkan program riadah, ‘Heading to Hidden Lake UUM’.

Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Kebajikan UUMIT, Mohd Amirul Azhar Norzalizan berkata, program yang disertai kira-kira 50 staf UUMIT bermula seawal jam 8.30 pagi dengan senaman ringkas sebelum bergerak menuju ke Hidden Lake UUM.   

Ujarnya, objektif program ini diadakan bagi menyahut seruan UUM untuk mempromosikan tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar UUM di samping   mengeratkan silaturahim staf UUMIT daripada pelbagai unit. 

“Aktiviti ini sebagai pendedahan kepada staf UUMIT untuk menghargai alam, flora dan fauna yang sangat indah dan unik yang boleh diterokai di sekitar Sintok ini,” katanya.  

Sementara itu, peserta yang juga pelajar praktikal UUMIT dari Politeknik Mersing, Johor, Dharisheni A/P Rajeandran teruja melihat panorama dan keindahan alam semulajadi yang menakjubkan.

Dharisheni tidak menyangka terdapat sebuah tasik yang begitu cantik dikelilingi hutan hijau di dalam kampus UUM ini.   

“Berjalan kaki mengikuti denai kecil sepanjang perjalanan terasa begitu tenang dan nyaman sekali dan saya akan terus menjelajah ke tempat menarik sepanjang berada di sini,”ujarnya. 

Para peserta tidak melepaskan peluang merakamkan gambar keindahan di sekitar tasik bersama rakan-rakan sebagai tanda kenang-kenangan.