UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Santai Warisan kembalikan permainan tradisional

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Ahmad Bisthami Ali Basah
Gambar PGDE/UUM Today

SINTOK, 1 April – Program Santai Warisan berjaya mengembalikan kenangan permainan tradisional tempatan kepada pelajar antarabangsa khususnya.

Program tersebut dianjurkan oleh pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PGDE), Semester A232, dengan kerjasama UUM International School (UUMIS).

Dekan SoE, Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Othman berkata, tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan memantapkan kebolehan pelajar-pelajar PGDE dalam menguruskan aktiviti kokurikulum sebagai latihan sebelum menjejakkan kaki ke dunia nyata sebagai seorang guru.

Di samping itu, menurutnya, program ini bertujuan memperkenalkan permainan tradisional tempatan kepada pelajar antarabangsa di UUMIS.

“Permainan tradisional ini sewajarnya dihidupkan kembali secara berterusan agar generasi akan datang tahu dan ia tidak terus pupus ekoran teknologi.

“Selain itu, program ini juga dapat menggalakkan semangat kesukanan, kecergasan fizikal dan memupuk semangat kerjasama yang erat,” katanya.

Program ini telah dilaksanakan oleh 55 pelajar program PGDE dan disertai 73 pelajar sekolah yang diadakan di kawasan UUMIS.

Program ini telah memperkenalkan 10 jenis permainan tradisional iaitu congkak, batu seremban, guli, bola beracun, ting-ting, zero point, main lidi, boling kelapa, galah panjang dan lompat tikus.

Dr. Mohamad Khairi berkata, melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang ini, bakal pendidik (PGDE) akan dapat mempersiapkan diri dengan mengenali potensi diri, mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai yang diperoleh ke arah pembangunan diri secara menyeluruh.

Katanya, program ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi, misi dan matlamat pelajar untuk menjadi guru yang proaktif selaras dengan misi UUM iaitu ‘Mendidik Pemimpin Dengan Karakter Holistik Untuk Berkhidmat Kepada Komuniti Global’.