UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Seeloz bantu uum lahirkan pakar AI

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

SINTOK – Peneraju utama bagi Automasi Rantaian Bekalan dalam Teknologi kecerdasan buatan (AI) Seeloz (M) Sdn. Bhd. memilih Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk melahirkan pakar dalam teknologi ini.

Pengarah Eksekutifnya Mohd. Emran menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara mereka dengan Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) UUM pagi ini bagi mencapai tujuan itu.

“Syarikat Seeloz Inc. yang diasaskan bersama Dr. Mohamed Aly, Amir A.Razelan dan saya memilih UUM untuk melaksanakan program ini sejajar dengan idea pelaksanaan Revolusi Industri Keempat (IR4.0),” ujarnya dalam majlis itu.

Terdahulu dalam ucapan aluan Naib Canselor UUM Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, kerjasama yang melibatkan SOC UUM dengan Seeloz (M) Sdn Bhd melalui MoU ini pastinya dapat meningkatkan kerjasama antara universiti-industri dalam pelbagai aspek terutama akademik, pembangunan pelajar, penyelidikan, pembangunan (R&D), inovasi produk antara kedua pihak.

“Pastinya anak tempatan yang mencipta nama dalam dunia AI di peringkat antarabangsa ini juga dapat memberi manfaat dan pencambahan idea seterusnya memberi sumbangan terhadap pembangunan negara ini,” sambung beliau lagi.

Moga dengan MoU ini memberi peluang juga kepada penyelidik dan pelajar universiti ini meningkatkan kemahiran menerusi perpindahan ilmu dan kepakaran melalui fasiliti dan infrastruktur terkini yang terdapat di pihak industri.

Memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai pagi ini antaranya membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam bidang AI dan teknologi serta memperkukuh pembangunan akademik yang menumpukan bidang teknologi AI dalam industri rantaian bekalan juga.

Manakala bagi pihak industri pula, kerjasama ini akan merangsang program penyelidikan secara bersama dengan kepakaran dalam pelbagai bidang antaranya AI dan keselamatan siber di samping beberapa bidang lain seperti Perkomputeran Berpusatkan Manusia (HCC), Teknologi Rangkaian dan sains data yang dapat memberi nilai tambah kepada industri agar sentiasa berada di hadapan berbanding dengan pesaing dalam industri yang sama.