UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

SEFB’s Vision for the Future: Beri impak positif kepada warga SEFB

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Dr. Zalina Zainal

Gambar Unit Media SEFB Week/UUM Today

SINTOK, 29 Januari – Bersempena ulang tahun ke-40 Universiti Utara Malaysia (UUM), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan & Perbankan (SEFB) telah menganjurkan program ‘SEFB’s Vision for the Future’ yang berlangsung selama tiga hari mulai 7 hingga 9 Januari lalu.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail.

Dekan SEFB, Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri berkata, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan laluan kerjaya pada masa depan, program ‘SEFB’s Vision for the Future’ telah menampilkan pelbagai rakan strategi melalui sesi perkongsian bersama pelajar. Antaranya adalah Malaysian Insurance Institute (MII), Malaysian Financial Planning Council (MFPC), Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Bond & Sukuk Information Exchange (BIX Malaysia) dan CGS-CIMB.

Menurutnya, kemuncak program adalah CEO Talk oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia , Datuk Muhamad Umar Swift yang mengupas topik ‘Reflections on Leadership and Success’ telah berjaya menarik lebih 400 pelajar dan staf yang telah membanjiri dewan Auditorium SOIS untuk mengetahui akan pengalaman beliau dalam mengemudi syarikat besar dan berpengaruh seperti Bursa Malaysia.

Datuk Umar juga berbesar hati menyampaikan replika cek berjumlah RM8,400 setiap seorang kepada 10 pelajar SEFB yang layak menerima bantuan kewangan bagi meneruskan pembelajaran mereka di UUM.

Selain program CEO Talk, Bursa Malaysia juga telah menjalinkan kerjasama bagi aktiviti ‘SEFB Treasure Hunt: Exploramoney’ yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang literasi kewangan dalam kalangan pelajar, manakala ‘SEFB Neon Health Night Run’ berjaya memupuk kesedaran peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti larian.

Selain itu, bagi menyebarkan maklumat lebih mendalam tentang pasaran bon dan Sukuk, penceramah dari Bond & Sukuk Information Exchange (BIX Malaysia) telah berkongsi maklumat bersama pelajar.

Bursa Malaysia telah berbesar hati memberi tajaan berjumlah RM 19,700 bagi empat acara tersebut.