UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Selamat bermesyuarat Sekretariat TNC-TNC HEPA/Timbalan Rektor UA

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

LANGKAWI: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Shahimi Mohtar mengalu-alukan kehadiran Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Awam (UA) yang mengikuti Mesyuarat Sekretariat kali ke-226.

Mesyuarat ini akan diadakan di Resort World, Langkawi bermula 9 Februari hingga 12 Februari 2023.

“Saya mengucapkan selamat bermesyuarat kepada semua delegasi yang menghadirinya,” kata beliau.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed juga mengalu-alukan kehadiran semua delegasi ke mesyuarat tersebut.