UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Sembilan pelajar UUM terima Dermasiswa YPM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Shamsaimi Ezil/UUM Today

SINTOK, 15 Januari – Seramai sembilan pelajar Asasi Pengurusan, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima sumbangan Dermasiswa Yayasan Pelajaran MARA (YPM), hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan Pengurus Seksyen Pendidikan Tertiari, YPM, Abdul Shukor Ibrahim dan disaksikan Pengarah Pusat Asasi Pengurusan, Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman di Bilik Mesyuarat Pusat Asasi Pengurusan.

Abdul Shukor berkata, seramai sembilan pelajar program Asasi Pengurusan terpilih untuk menerima sumbangan Dermasiswa YPM sebanyak RM3,000 yang diberikan secara ‘one-off’.

Menurutnya, beliau berterima kasih kepada UUM dan juga Pusat Asasi Pengurusan yang membantu mereka untuk mendapatkan pelajar-pelajar berkenaan.

Katanya, tahun lepas mereka telah menyerahkan sumbangan di peringkat pelajar diploma dan juga sarjana muda.

“Saya berharap duit yang diterima itu akan dimanfaatkan sebaiknya,” katanya.

Sementara itu, Dr. Muhammad Fuad berkata, beliau berterima kasih kepada YPM kerana membantu pelajar mereka menerusi Dermasiswa tersebut.

Menurutnya, di UUM sahaja kira-kira 75 peratus pelajar adalah dari kalangan B40 dan beliau berharap sumbangan tersebut akan membantu mengurangkan beban pelajar terlibat.

Katanya, sekarang Pusat Asasi Pengurusan sudah mempunyai kohort ke-10 dan setiap tahun pelajar menerima Bantuan Kewangan Asasi (BKA) Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Terima kasih Yayasan Pelajaran MARA kerana sudi membantu anak-anak ini dalam meneruskan pengajian mereka selama setahun ini,” katanya.

Sembilan pelajar yang menerima Dermasiswa YPM itu ialah Nureen Amalin Hazam, Muhammad Nazir Iman Hamzah, Nur Atikah Balqis Nor Alizam, Siti Nasyuha Sobri, Siti Nuraina Farhanim Hashim, Nur Iman Maisara Mohamad Musa, Muhammad Syahmi Zainol, Aisyah Nurulain Rozlan dan Amir Idham Sharifudin.