UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Seminar MSOR fokus teknik OR dalam sektor kesihatan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar SQS/UUM Today

SINTOK: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Seminar Management Science/Operations Research 2023 (MSOR2023) secara dalam talian di aplikasi Webex, baru-baru ini.

Seminar anjuran bersama Institute of Strategic Industrial Decision Making (ISIDM), pusat kecemerlangan di bawah SQS dan Management Science/Operations Research Society of Malaysia (MSORSM) itu bertemakan ‘Application of OR in Healthcare’ yang memfokuskan penggunaan teknik Operational Research (OR) dalam menyelesaikan masalah dalam sektor kesihatan.

Seminar diteruskan dengan dua penceramah jemputan iaitu Felo Penyelidik ISIDM, Prof. Madya Dr. Ruzelan Khalid dari SQS UUM dan ahli akademik MSORSM, Prof. Madya Dr. Zuraida Abal Abas dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka bersama moderator, Dr. Saadi Kamarudin dari SQS.

Dalam seminar ini, Dr. Ruzelan berkongsi pengalaman ketika menjalani kajian di Klinik Kesihatan Changlun dengan objektif untuk mengukur dan menambah baik operasi klinik bagi pesakit luar.

Kajian ini menggunakan dua kaedah analisis OR iaitu ‘Data envelopment analysis‘ (DEA) dan ‘Discrete event simulation‘ (DES). DEA digunakan untuk menilai kecekapan konfigurasi sumber, manakala DES digunakan untuk mengukur prestasi klinik seperti masa menunggu pesakit, masa kitaran dan daya pemprosesan. Hasil kajian ini telah berjaya di terbitkan dalam pelbagai jurnal berimpak tinggi seperti European Journal of Operational Research, Expert Systems with Applications, International Journal of Computer Mathematics: Computer Systems Theory dan International Journal of Education Economics and Development.

Dr. Zuraida pula berkongsi pengalaman menjalani kajian di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam kajian ini, kaedah Sistem Dinamik telah digunakan bagi membuat unjuran sumber manusia termasuk doktor, jururawat, penolong pegawai kesihatan, ahli farmasi, dan juga doktor gigi.

Kajian ini telah berjaya menghasilkan sebuah penulisan yang diterbitkan oleh KKMyang bertajuk ‘Extended executive summary: Supply and Needs-Based Requirement Projections of Malaysia Human Resources for Health Using System Dynamics Approach 2016-2030‘.

Setiap pembentangan diakhiri dengan sesi soal jawab di mana peserta banyak mengutarakan soalan berkaitan proses pengumpulan data, perisian yang digunakan serta kepentingan hasil kajian dalam membantu pihak pengurusan klinik dan KKM.

Seminar ini telah menarik kira-kira 70 peserta termasuk ahli akademik dan pelajar dari pelbagai universiti seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Multimedia, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Teknologi Malaysia.

Hadir sama, President MSORSM, Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohd Nopiah dari Universiti Kebangsaan Malaysia; Dekan SQS, Prof. Madya Dr. Mohd Kamal Mohd Nawawi berkata dan Pengarah ISIDM, Prof. Madya Dr. Norhaslinda Zainal Abidin. – Dr. Aida Mauziah Benjamin