UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

‘SETTEL’ UUM Press rangkul Persembahan Terbaik KIK UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar UUM Press/UUM Today

Sintok: Kumpulan ‘SETTEL’ UUM Press telah dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik pada Mini Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) anjuran Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif, IPQ, baru-baru ini.

Kejayaan projek inovasi bertajuk ‘Mereka Bentuk Sampul Buku (WRAP)’ diumumkan sebagai pemenang kerana inovasi penambahbaikan yang dibentangkan telah berjaya memberi impak kepada penambahbaikan proses kerja penerbitan.

Ketua Kumpulan SETTEL, Kashfi Wahab berkata, mereka berjaya menghasilkan inovasi teknik pembungkusan buku yang diseragamkan supaya masa, kos dan kerosakan buku dapat dikurangkan.

Menurutnya, impak daripada inovasi penambahbaikan ini berjaya memaksimum penggunaan satu gulung ‘bubble wrap’ untuk membungkus sehingga 350 buah buku, selain masa juga dijimatkan dari 6 minit ke 3 minit bagi buku bersaiz sederhana dan 7 hingga 4 minit bagi buku bersaiz besar.

“SETTEL mengutamakan kepuasan pelanggan dan memastikan tiada aduan kerosakan diterima serta tiada pembaziran ‘bubble wrap’ dan pita pelekat semasa pembungkusan buku.

“SETTEL juga berjaya menjimatkan kos bayaran sumber manusia yang banyak, mempercepatkan proses pembungkusan buku dan mengambil masa yang singkat walaupun menerima tempahan yang banyak,” ujarnya.

UUM Press mengucapkan tahniah atas usaha gigih kumpulan SETTEL kerana sentiasa memastikan pelanggan menerima perkhidmatan yang terbaik. – Kashfi Wahab