Gambar UUMKL
KUALA LUMPUR: Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) telah mengadakan program silaturahim muslimat sepanjang bulan Ramadan yang melibatkan pengisian program Tadarus Al-Quran, Tazkirah Muslimah dan Khatam Al-Quran sebagai antara program mengimarahkan bulan Ramadan.
Dekan Akademik, Prof. Madya Dr. Bidayatul Akmal Mustafa Kamil berkata, pengisian program seperti ini dijadikan sebagai program tetap khususnya ibadah di bulan Ramadan ke arah pemantapan nilai jati diri muslimah Islam.

Menurutnya, ia juga menjadi nilai tambah kepada setiap staf wanita UUMKL bagi meningkatkan kekuatan jiwa, minda dan spiritual yang mampu mengekalkan kecemerlangan diri, keluarga dan organisasi.
Kemuncak Program Silaturahim Muslimat sepanjang bulan Ramadan ini adalah Majlis Khatam Al-Quran yang telah diadakan pada 17 April 2023 secara bersemuka dan atas talian.
Majlis ini berlangsung kira-kira 1 jam dimulai dengan bacaan khatam Al-Quran, tazkirah ringkas Ramadan dan penyampaian saguhati kepada peserta tadarus.
