UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Sindiket ‘love scam’ tumpas

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Ihsan Polis

BENTONG: Tiga individu yang sering menjerat mangsa dengan ‘janji manis’ ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Genting Highlands, di sini, kelmarin.

Serbuan pada jam 12 tengah hari itu berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 32 hingga 37 tahun dipercayai terbabit dengan kegiatan ‘love scam’.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menyerbu lokasi terbabit hasil risikan yang dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas suspek mendapati mereka terbabit dengan aktiviti penipuan ‘love scam’ serta gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Serbuan berjaya merampas tiga komputer riba dan tujuh telefon pintar yang dipercayai digunakan untuk menjerat mangsa serta kelengkapan Internet,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sindiket itu dikesan bergiat aktif di laman sosial seperti Facebook, Telegram dan aplikasi perhubungan yang lain.

“Justeru, orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan trend jenayah seperti ini.

“Semua individu berkenaan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.