Gambar Shamsaimi Ezil/UUM Today
SINTOK: Bagi meraikan kepulangan Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan sebagai Naib Canselor UUM, Pusat Pengajian Kerajaan telah mengadakan program Sirih Pulang ke Gagang ‘Bual Bicara Eksklusif Bersama Naib Canselor’ di EDC UUM pada Ahad lalu.
Program ini adalah sebagai satu inisiatif menyambut kepulangan beliau ke lembah Sintok di mana tempat asal beliau bertugas sebelum berpindah ke Unversiti Malaysia perlis (UniMAP).
Dekan SOG, Prof. Madya Dr. Halimah Abdul Manaf berkata bicara secara santai ini bertujuan mendekatkan staf akademik dan pentadbiran dengan Naib Canselor, di samping meluangkan masa berkualiti bersama pihak pengurusan tertinggi universiti.

“Antara tujuan utama adalah untuk dekati pihak pengurusan tertinggi khususnya dalam isu perjawatan staf pencen belum ada pengganti di SoG”
“Kami mengharapkan pihak pengurusan tertinggi dapat memandang serius isu yang berlaku di SoG, selain memperkenalkan warga SoG kepada Naib Canselor, katanya.
Antara perkongsian yang dikongsikan Mohd Fo’ad adalah amalan pengurusan terbaik berserta pengalaman beliau semasa menjadi Timbalan Naib Canselor di UNIMAP dahulu.
Selain itu, beliau juga mengambil maklum mengenai tugas-tugas pensyarah di Universiti Utara Malaysia, khususnya di SoG.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program ini, antaranya Bual Bicara Santai bersama Naib Canselor, penyampaian Bakul Prihatin Keluarga SoG serta majlis berbuka puasa bersama pelajar mobiliti dari Indonesia.
Di samping itu, turut diadakan pemberian sumbangan kepada Norsharani Harun yang merupakan mantan staf pencucian dan pembersihan yang telah bertugas di SoG selama lebih 10 tahun.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed. – Nurool Atiqah Abdul Hanid dan Salina Abdullah