UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Staf akademik SoE bersedia dengan Audit Kendiri

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Oleh: Prof. Madya Dr. Norazlinda Saad   

Sintok: Jawatankuasa Kualiti dan Akreditasi, Pusat Pengajian Pendidikan (SoE), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Taklimat Persediaan Audit, baru-baru ini. 

Pengurus Jawatankuasa Kualiti dan Akreditasi SoE, Prof. Madya Dr. Norazlinda Saad berkata, penganjuran taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan kesediaan kepada para pensyarah dan staf pentadbiran tentang audit yang akan berlangsung bermula dengan Audit Kendiri, Audit Kualiti Dalaman dan Audit SIRIM MS ISO 9001:2015 pada 18 Februari hingga Oktober 2024.

Sesi taklimat yang berlangsung selama dua jam disampaikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi, Prof. Madya Dr. Mohd. Haniff Jedin yang dihadiri oleh para penjawat, pensyarah dan staf pentadbiran dari SoE.

Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), SoE selaku Penasihat kepada Jawatankuasa Kualiti dan Akreditasi, Prof. Madya Dr. Mohd. Isha Awang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Mohd. Haniff Jedin kerana menyampaikan Taklimat Persediaan Audit.

Beliau berharap sesi taklimat ini dapat membantu staf membuat persediaan untuk menghadapi audit bagi tahun 2024.

Dalam sesi taklimat tersebut, Prof. Madya Dr. Mohd. Haniff Jedin memulakan taklimat dengan menerangkan secara umum tentang kualiti dan akreditasi.

Beliau memberi penekanan kepada Dasar Kualiti UUM dan peranan staf dalam mengamalkan Pengurusan Kualiti di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Kegagalan staf mematuhi amalan kualiti boleh memberi implikasi kepada pusat pengajian khususnya dan UUM amnya,” ujarnya.

Beliau menjelaskan secara terperinci dokumen kualiti yang terlibat dengan proses pengajaran dan sistem Pengurusan Kualiti UUM dalam portal staf selain menerangkan kepentingan proses Audit, contoh laporan Audit dan persediaan staf sebagai Auditee untuk mengadapi Audit.

Mengakhiri taklimat tersebut, staf akademik dan penjawat di SoE mengambil maklum akan kepentingan memahami dan mematuhi prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan sama ada untuk tujuan audit atau untuk tujuan akreditasi.

Hal ini sewajarnya dititikberatkan ketika melaksanakan sesuatu tugasan demi memastikan amalan kualiti dan kepatuhan kepada standard pendidikan yang telah ditetapkan menjadi amalan kepada semua.