UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Sukarelawan IBS-STF semai sikap cintai alam

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Siti Rasyidah Hassan

Gambar Mohd Saharudin Shakrani/UUM Today

BALING, 11 Mac – Program Sukarelawan IBS-STF dilihat mampu menerapkan sikap cintai alam sekitar dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diadakan selama tiga hari bermula 29 Februari hingga 2 Mac lalu.

Program bersama anjuran Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) dengan Dana Sosial Takaful (STF) itu berlangsung di sekitar Sungai Angkat, Ulu Legong.

Pensyarah kanan, Mohd. Saharudin Shakrani berkata, kira-kira 20 peserta terlibat termasuk sukarelawan dan fasilitator dari kalangan pensyarah IBS menyertai prorgam plogging tersebut.

Menurutnya, setiap kumpulan diberikan plastik sampah dan perjalanan bermula dari Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong ke Sungai Angkat dengan jarak 450 meter.

“Sepanjang perjalanan setiap peserta mengutip sampah yang boleh dikitar semula seperti plastik, botol, kertas dan sebagainya sehinggalah ke kawasan Sungai Angkat.

“Sudha menjadi amalan kita untuk menjaga kebersihan alam sekitar bukan sahaj adi sekitar kediaman masing-masing, malahan dia kawasan peranginan atau menjadi tumpuan pelancong,” katanya.

Turut serta fasilitator dan penyelidik geran STF, Dr. Muhamad Abrar Bahaman.