UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Sulam SEFB dedah murid sekolah urus kewangan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Prof. Madya Dr. Rasidah Mohd Rashid/UUM Today

SINTOK: Pelajar kursus BWFF3193 Seminar Kewangan, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Universiti Utara Mlaaysia (UUM) telah berkongsi ilmu berkaitan pengurusna kewangan bersama murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok (SKBBS), baru-baru ini.

Program ‘Fun with Finance‘ yang dikendalikan 9 pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan bersama pensyarah kursus, Dr. Sabariah Nordin itu melibatkan 50 murid dari Tahun 6.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah ceramah berkaitan jenis-jenis simpanan dan instrumen kewangan serta permainan ‘treasure hunt‘ berkaitan dengan pengurusan kewangan.

Selain itu, sesi ceramah yang disampaikan oleh Jaggatheswaree a/p Kathigasu dan Siti Aisah Ali yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan dari UUM.

Di akhir program, Dr. Sabariah telah menyampaikan cenderahati kepada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan.

Beliau berharap program seperti ini dapat memberi impak kepada golongan muda tentang kepentingan mengaplikasikan pengurusan kewangan dari sekolah rendah.