UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Sunathon UUM khatan 19 anak staf

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Hairul Nizam Zahari/UUM Today

SINTOK: Setiap kali musim cuti persekolahan, program berkhatan beramai-ramai menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka berkhatan.

Kesempatan tersebut turut diambil Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Kesatuan Kakitangan Universiti Utara Malaysia (KESKA) mengadakan Program Sunathon UUM 2023 melibatkan 19 anak staf untuk dikhatankan.

Timbalan Presiden KESKA, Mohd Hafiz Baharudin berkata, majlis berkhatan ini menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli, di samping memenuhi tuntutan agama Islam.

Menurutnya, program sebegini amat sesuai diadakan secara beramai-ramai bagi mengurangkan rasa gemuruh kanak-kanak yang bakal menginjak ke alam dewasa.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya petugas-petugas kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti serta ahli KESKA dan juga waris yang sama-sama membantu dalam menjayakan majlis ini.

“Program Sunathon ini jug aadalah julung kali diadakan dalam skala besar meskipun melibatkan 19 kanak-kanak sahaja, di tambah pula kami turut mendapat kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam untuk sesi menyiram air terhadap kanak-kanak ini,” katanya.

Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan yang mengambil peluang menyiram air ke atas kanak-kanak sebelum proses berkhatan dimulakan di PKU, semalam.

Sementara itu, waris, Azmi Ahmad berkata, program ini amat membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk menanggung kos berkhatan yang semakin tinggi.

Menurutnya, lebih menarik apabila program ini mendapat sokongan daripada staf dan ibu bapa kanak-kanak.

“Program seumpama ini wajar diteruskan pada setiap cuti sekolah bagi memudahkan anak-anak ini menghilangkan rasa gemuruh dan takut apabila mempunyai rakan-rakan lain yang turut serta,” katanya.

Program Sunathon 2023 turut mendapat kerjasama Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan (MKSK) dan PKU UUM.

Hadir sama, Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah dan Ketua Unit Kebajikan Jabatan Pendaftar, Yusnaidi Md. Sabri.- Mohd Khairil Hazree Hairudin