UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

SUPSAT 2024, kontinjen UUM rangkul pingat perak dan gangsa

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Afiza Mohammad
Gambar Pusat Sukan/UUM Today

BACHOK, 3 Mac – Kontinjen Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya membawa pulang satu pingat perak dan satu pingat gangsa di Kejohanan Sukan Antara Staf Pusat Sukan Universiti Awam (SUPSAT) 2024 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Pingat Perak UUM telah disumbangkan menerusi acara bola sepak penalti menerusi gandingan Umayr Azhar, Amirudin Hashim, Najmuddin Arief Nordin, Mohd Suhairy Hashim dan Nor Fatimah Hashim.

Dalam perlawanan akhir itu, pasukan UUM bertemu dengan pasukan tuan rumah UMK yang berkesudahan dengan mata 4-5.

Sementara itu, pingat gangsa pula telah disumbangkan menerusi acara dart wanita gandingan Afiza Mohammad dan Noor Harlina Hussain.

Lain-lain acara yang dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu woodball, petanque campuran, tenpin boling dan juga karom.

Kejohanan anjuran Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) ini merupakan acara tahunan yang membabitkan staf Pusat Sukan Universiti Awam Malaysia.

Pengarah Pusat Sukan, Dr. Nasiruddin Haron berkata, dengan penglibatan kontinjen UUM dalam kejohanan ini dapat mengeratkan jalinan kerjasama antara staf Pusat Sukan Universiti Awam seluruh Malaysia dan juga mewujudkan semangat kesukanan di antara satu sama lain.

Menurutnya, staf juga dapat bertukar pandangan dan pendapat dalam meningkatkan lagi mutu kerja di Pusat Sukan masing-masing.