UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Susherrie Suki, anak orang Asli pertama cemerlang di UCL

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

LONDON: Susherrie Suki, anak gadis orang Asli dari suku Semai, mengharumkan nama negara apabila menjadi graduan orang Asli pertama menerima ijazah sarjana muda kelas pertama dari Bartlett School of Architecture, University College London (UCL).

Berasal dari Perak, Susherrie yang baru menamatkan pengajian dalam bidang sarjana muda kini ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Rekabentuk Bandar dan Perancangan Bandar (Urban Design and City Planning).

UCL merupakan antara universiti terkemuka dan berada di kedudukan kelapan dunia dalam QS World University Ranking 2023 dan di tangga keempat bagi universiti di United Kingdom (UK).

Susherrie (dua, kanan) melakar sejarah menjadi anak orang Asli pertama cemerlang di UCL dengan ijazah kelas pertama. Gambar Google.

Kejayaan anak muda yang turut fasih berbahasa Mandarin dan Inggeris, selain bahasa orang Asli Semai, Susherrie pernah meraih keputusan 10A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Beliau juga mendapat tajaan biasiswa MARA di bawah Program Pembangunan Bakat Muda (Young Talent Programme – YTP) dan diterima untuk melanjutkan pelajaran di Kolej MARA Seremban.

Ibu bapanya merupakan orang Asli suku Semai dari Kampung Orang Asli Cinggung, Behrang Ulu di Tanjung Malim dan Kampung Orang Asli Ulu Geruntum, Gopeng, Perak.