UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Tahniah PM Britain baharu

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Dato’ Seri ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Marry Elizabeth Truss yang turut dikenali sebagai Liz Truss di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Britain baharu.

Menerusi ciapan di Twitternya, Ismail Sabri berharap agar hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom akan terus terjalin demi kesejahteraan kedua negara.

Liz Truss dipilih sebagai Perdana Menteri Britain ke-15 menggantikan Boris Johnson ketika negara itu berdepan krisis terburuk kos sara hidup.

Bekas Menteri Luar itu mendapat 81,326 undi dengan selesa menewaskan saingannya yang juga bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak yang memperoleh 60,399 undi.

Kemenangan Lizz Truss itu sekali gus menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri wanita ketiga di negara itu selepas Margaret Thatcher dan Theresa May dalam tempoh 40 tahun.