UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

TalentCorp bantu perluas platform permohonan latihan industri pelajar UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Sakinah Sabudin

Gambar Azmin Syiham Ahmad Shatir/UUM Today

BAYAN LEPAS, 5 Februari – Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Universiti Utara Malaysia (UUM) diketuai Pengarahnya, Prof. Dr. Chandrakantan a/l Subramaniam bersama Timbalan Pengarah Kolaborasi Industri, Timbalan Pengarah Jaringan Masyarakat, Ketua Unit Praktikum dan 5 orang staf telah mengadakan satu kunjungan hormat ke TalentCorp, Pulau Pinang pada 31 Januari lalu.

Ketibaan CUIC disambut oleh Nor Asmahan Othman (Northern Region Head of Industry Partnership), Puan Azura binti Ahmad (Northern Region & Assistant Sector Head for Electrical & Electronics (E&E), Healthcare and Manufacturing) dan Puan Azah binti Aziz (Lead, Returning Expert Programme (REP)).

Dalam kunjungan hormat tersebut, CUIC telah diberi penerangan yang jelas berkaitan ‘National Structured Internship Programme‘ (MySIP) di mana ia merupakan satu program usahasama TalentCorp dibawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) bagi menggalakkan pengalaman latihan industri berstruktur yang bermakna dan berkaitan dengan industri.

Menurut Nor Asmahan, sebanyak 700 syarikat telah menyertai program MySIP dan syarikat tersebut perlu menyediakan struktur program ‘internship’ sebelum mendaftar bersama TalentCorp melalui platform MyNEXT. Syarikat yang berjaya disahkan pendaftaran untuk program MySIP dan berjaya mendapatkan pelajar untuk menjalani latihan indsutri layak mendapat potongan cukai berganda.

“Pelajar yang sedang mencari penempatan latihan industri boleh mendaftar MySIP melalui platform MyNEXT tanpa sebarang caj dan berpeluang mencari penempatan praktikum bersama syarikat yang berdaftar melalui program ini.

“Melalui program ini juga, pelajar dijamin dengan penawaran elaun latihan industri pada kadar minimum RM500,” katanya.

Selain MySIP, CUIC juga diberi penerangan berkaitan pelbagai lagi program di bawah TalentCorp seperti ‘Scholarship Talent Attraction and Retention‘ (STAR), ‘MyASEAN Internship‘, ‘Semester Break Program‘ (SBP), ‘Young Employable Students’ (YES), ‘Career Comeback Program‘ (CCP) dan ‘Work-Life Practices‘ (WLP) dan ‘Flexible Work Arrangement‘ (FWA) yang boleh dikolaborasi bersama UUM pada masa akan datang.

Kunjungan hormat ini juga turut disertai oleh Ts. Dr Madhavan a/l Balan Nair (Head of Operations, MyNEXT)’ Siti Hajar Khasni (Executive, MyNext); Ardi Gunsuh (Lead, Campus Engagement); Muhammad Hasyimi Hasyim Mohd Suddin (Executive,Structured Internship Programme); Noor Nadiah Zainudin (Executive,Campus Engagement) dan Aina Ahsan (Executive, Campus Engagement) secara dalam talian.