UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Tarikan extravaganza seni UUM

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

ALOR STAR: Persembahan tarian Kurik Kundi, nyanyian, Peragaan Batik Sintok@Cyntok Bhatik dan Discover UUM 2.0 menyerikan pentas utama sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia semalam.

Persembahan kebudayaan dari Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM). Gambar: Muhammad Shamsul Shafie/UUMToday

Pengunjung bukan sahaja terhibur dengan nyanyian dan persembahan kebudayaan dari Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) malah terpesona dengan keindahan flora dan fauna yang menghiasi kampus UUM.

“Pastinya warga kampus dan masyarakat setempat tenang dan menikmati keindahannya,” kata siswi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Nurul Zulaikha Az Zahra Mohammad Adib ketika menyaksikan persembahan berkenaan.

Pelajar tahun pertama program Animal Science and Resources UNIMAS ini antara pengunjung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat Negeri Kedah yang dirasmikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob Jumaat lalu.

Dalam pada itu pembukaan persembahan dengan tarian kurik kundi dari Shasharose bukan sahaja menghiburkan tetapi pengunjung turut kagum dengan gaya persembahan di kalangan siswi universiti pengurusan ini.

Manakala persembahan video Discover UUM 2.0 pula memperlihatkan kesejukan, ketenangan, keindahan dan kecantikan universiti dalam taman ini.

Sementara itu, peragaan Batik Sintok@Cyntok Bhatik pula menjadi platform baharu kepada usahawan tempatan dalam usaha memperkenalkan dan mengembangkan produk batik bermotifkan pokok Sintok kepada UUM khususnya.

Peragaan Batik Sintok@Cyntok Bhatik di Pentas Utama.

Cyntok Bhatik Roadshow ini adalah rentetan daripada Projek Baju Kedah Cyntok Bhatik yang bermula sebagai projek penyelidikan dan kini berjaya dikomersialkan sert berstatus TRL 7.

Moga keluaran UUM ini menjadi sebahagian sebagai daripada produk kebanggaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT), UUM, negeri Kedah dan juga Malaysia amnya.