UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Tekad teruskan pengajian peringkat sarjana dan Phd

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

SINTOK – Graduan Sarjana Muda Kaunseling, Muhammad Helmy Abdullah yang sebelum ini menjaga ibu dan nenek serta pakciknya yang kurang upaya (OKU) tekad untuk meneruskan pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Phd) selepas menerima Ijazah Kelas Pertama daripada Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan di Majlis Konvokesyen ke-35 pagi tadi.

Katanya, kehilangan ayah tercinta ketika usianya setahun dan diikuti oleh nenek dan pakciknya pada tahun 2021 semasa COVID-19 tidak mematahkan semangatnya untuk terus memburu cita-citanya untuk mengenggam segulung ijazah.

“Cita-cita pertama saya telah tercapai dan kini saya berhasrat untuk teruskan pengajian diperingkat sarjana sebelum keperingkat PhD nanti,” ujarnya lagi.

Sebelum ini Muhammad Helmy yang melanjutkan pengajian di UUM terpaksa berulang-alik setiap minggu untuk melihat dan memberi perhatian kepada ibu, nenek dan pakciknya yang OKU.

Namun selepas kematian nenek dan pakciknya Muhammad Helmy teruskan tanggungjawab memberi perhatian kepada insan-insan kesayangannya walaupun kini bertugas di Independent Living Centre (ILC) Permai UUM yang menyediakan perkhidmatan kepada semua kategori OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Konvokesyen kali ini juga amat bermakna bagi saya kerana bukan sahaja berjaya mendapat kelas pertama malah dapat berjumpa dengan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) selepas majlis konvokesyen pagi tadi,” katanya ketika ditemui.