UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

‘The Bubur Lambuk Project’ Pusat Asasi Pengurusan hasil 500 bekas bubur lambuk

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Pusat Asasi Pengurusan

SINTOK: Bubur lambuk Sri Sintok merupakan menu berbuka puasa yang menjadi sebutan ramai bukan sahaja di Universiti Utara Malaysia malah penduduk sekitar.

Justeru, Pusat Asasi Pengurusan (PAP) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan tidak melepaskan peluang bergotong-royong menyediakan bubur lambuk dengan bantuan petugas Pusat Islam.

Staf dna pelajar PAP bergotong-royong menyediakan bahan masakan bubur lambuk.

Pengarah PAP, Prof. Madya Dr. Mohamed Ali Haniffa berkata, ‘The Bubur Lambuk Project’ merupakan program tahunan Pusat Asasi Pengurusan setiap kali menjelang bulan Ramadan. Aktiviti ini dilaksanakan melalui hasil kutipan dana daripada tenaga pengajar, staf dan pelajar PAP.

Kemeriahan program ini dapat dirasai apabila warga PAP bersama-sama membuat persediaan memasak, mengacau bubur lambuk, membungkus dan mengedar bubur lambuk. Lebih menarik, pelajar PAP berbangsa India, Cina dan kaum lain turut dapat merasai keenakan bubur lambuk ayam istimewa yang dimasak berasingan oleh staf PAP.

Mohamed Alir (kiri) menyerahkan bubur lambuk kepada pelajar PAP sempena program ‘The Bubur Lambuk Project’.

Sebanyak dua periuk bubur lambuk yang dapat menghasilkan kira-kira 500 bekas bubur diedarkan bukan sahaja kepada warga PAP, malah turut diagihkan kepada beberapa orang pelajar sarjana muda dan staf UUM di beberapa PTJ termasuk staf UPSB.

Sementara itu, semua pelajar PAP turut berpeluang untuk berbuka puasa bersama-sama di Masjid Sultan Badlishah UUM hasil sumbangan Pusat Islam dan disusuli dengan solat Maghrib, Isyak serta tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Imam Muda Pusat Asasi Pengurusan. – Nur Hidayah Abdullah dan Nur Shazwani Shariffudin