UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Tiga beranak maut nahas kemalangan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

ALOR GAJAH: Tiga beranak maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di  Kilometer 216 arah utara, Lebuh Raya Utara Selatan, awal pagi tadi.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Muhamad Ezanee Hamat berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.02 pagi sebelum sepasukan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Ayer Keroh dan Tampin dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba anggota bomba mendapati kemalangan membabitkan kereta jenis Honda Jazz dinaiki tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia setahun dan lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki.

“Pasangan suami isteri berusia 28 tahun dan anak lelaki mereka itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi tamat jam 1.09 tengah hari dan kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan jalan raya sejauh kira-kira lima kilometer,” katanya.

Muhamad Ezanee berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.