UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Tiga kakitangan UUM wakili Kedah ke kejohanan golf MAKSAK 2023

Seramai tiga kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) dari Kelab Golf Sultan Salehuddin telah terpilih mewakili Kedah ke Kejohanan Golf Majlis Kebangsaan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2023 yang berlangsung pada 9 hingga 11 Februari ini di Kota Kinabalu, Sabah.

Mereka terdiri daripada dua pensyarah universiti ini bersama seorang kakitangan UUM akan bertanding dengan 170 pemain lain.

Peserta terdiri daripada dua pensyarah dari Pusat Pengajian Kerajaan UUM, Dr Za’im Ahmad dan Dr Muslimin Wallang serta seorang kakitangan dari Pusat Pengajian Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Muhd Fahmie Mouhd Zulkiflee.

Pengarah Akademik Golf Nasional UUM, Prof Madya Dr Azman Yasin, berkata ini adalah pertandingan golf pertama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Tanah Melayu (MAKSAK) bagi 2023.

“Tahun ini Sabah menjadi tuan rumah dan perlawanan berlangsung di Sutera Habour Golf and Country Club,” katanya.