UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Timbalan Menteri KPWKM mengalukan-alukan Pelaksanaan SPAKS

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

KUALA LUMPUR -Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Aiman Athirah Sabu mengalu-alukan pelaksanan Sijil Profesional Asas Kerja Sosial (SPAKS) untuk pekerja sosial di negara ini.

Katanya, kerjasama antara UUM dan ISM bagi membantu meningkatkan lagi kompetensi pekerja sosial terutamanya mereka dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menjalankan peranan yang lebih besar dalam memberikan perkhidmatan kepada keperluan-keperluan sasar yang tertentu.

“Universiti Nombor Satu Terbaik Malaysia di bawah Usia 50 tahun dalam Times Higher Education (THE) Young University Ranking 2023 ini pastinya akan memberi kelebihan dalam penganjuran SPAKS ini apabila bergabung dengan ISM yang menawarkan lebih kurang 40 jenis kursus-kursus jangka pendek dan sederhana dalam bidang kerja sosial sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2002,” ujarnya beliau ketika berucap merasmikan Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan Kali Kedua (PESAN 2) di Dewan Intelek ISM pagi ini.

Di majlis itu beliau turut memaklumkan untuk empat daripada enam profesion kerja sosial dan latihan kompetensi kerja sosial di Malaysia yang telah dilaksanakan oleh KPWKM manakala baki dua lagi inistiaf masih berada dalam tindakan. 

Dua inisiatif tersebut adalah penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial dan penggubalan Rang Undang-Undang Pofesion Kerja Sosial yang kini dalam peringkat pengemaskinian sebelum dikemukakan ke peringkat Jabatan Peguam Negara.

Katanya KPWKM sentiasa berusaha keras untuk merealisasikan pengiktirafan kepada profesion kerja sosial khususnya melalui undang-undang.

Beliau yakin dalam masa lima tahun selepas RUU dikuatkuasakan nanti profesion kerja sosial akan lebih dikenali, skop praktis yang lebih meluas dan mewujudkan pengkhususan dalam amalan dan jurusan kerja sosial nanti.

Menurutnya lagi profesion ini tidak terhad diperingkat nasional malah di peringkat antarabangsa, Malaysia terlibat dalam ASEAN Social Work Consortium (ASWC) yang memberi mandat dan kepercayaan kepada Malaysia dalam latihan kerja sosial dari anggota negara ASEAN menerusi pelantikan dan pengiktirafan Jabatan Kebajikan Masyaraat (JKM) sebagai Ahli Lembaga Pengurus ASEAN Social Training Centre for Social Work and Social Welfare (ATCSW). 

Persidangan yang bertemakan “Kerja Sosial Mendepani Dunia Ekososial Baharu” ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 September 2023.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof. Dr. Azlinda Azman, Pengarah ISM, Dr. Faridah Awang dan Naib Canselor UUM Prof Dr. Mohd Foad Sakdan.