Gambar SOC
SINTOK: Dua Timbalan Naib Canselor telah meninjau fasiliti di Student lounge Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed melakukan pemantauan bagi melihat secara dekat kemudahan di Students Lounge SOC yang telah diserahkan pengurusannya daripada anak syarikat UUM kepada pusat pengajian ini.
Antara kemudahan yang disediakan di siu adalah kemudahan komputer, kemudahan wifi, Smart TV, ruangan perbincangan, bean bags, kemudahan penghawa dingin dan sebagainya.

Menurut Russayani, beliau menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati kerana Students Lounge SOC itu bukan sahaja berada dalam keadaan yang bersih dan kemas, tetapi juga boleh dikatakan sebagai Students Lounge yang paling cantik dan menarik di kampus UUM.
Beliau turut mencadangkan agar Students Lounge SOC ini boleh ditambahkan lagi kemudahan-kemudahan lain seperti perkhidmatan percetakan secara online (Cloud Printing) dan kemudahan kafe yang dapat menjadi nilai tambah kepada kemudahan-kemudahan sedia ada yang disediakan.
Sementara itu, Ahmad Martadha turut menzahirkan rasa gembira dengan segala kemudahan yang disediakan kepada pelajar dan beliau memaklumkan bahawa pelajar khususnya di SOC seharusnya mengambil kesempatan dengan mengoptimumkan pengunaan kemudahan yang disediakan ini bagi menyokong proses PdP selain dapat mencapai objektif penubuhan Students Lounge ini di dalam kampus UUM.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran, Prof. Ts. Dr. Azham Hussain, pelajar dapat menggunakan segala kemudahan ini secara percuma dan dapat menjadikan proses pembelajaran di SOC sebagai satu pengalaman yang menyeronokan dan mengembirakan.
Beliau turut memaklumkan pada masa ini, Students Lounge SOC adalah beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang (Ahad-Rabu) dan sehingga jam 3.00 petang pada hari Khamis sepanjang bulan Ramadan.
Rata-rata pelajar menunjukkan rasa gembira dengan segala kemudahan yang disediakan bermula semester A222 yang telah berjalan mulai 2 April 2023.
Kedua-dua Timbalan naib Canselor itu kemudian melawat Kiosk Keusahawanan SOC yang ditempatkan berhampiran DKG 4.
Turut mengiringi lawatan ini adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Mazni Omar, Penolong Naib Canselor UUM CAS, Pengarah UUMIT, penjawat SOC, pegawai UUMIT dan Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP).