UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

TISSA-UUM dan INASIS SME-BANK Bimbing Pelajar SMK Langkawi Bijak Matematik

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

LANGKAWI – TISSA-UUM dan INASIS SME-Bank memberi bimbingan kepada  pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi dalam program “Love Maths with TISSA-UUM and INASIS SME-Bank” Siri ke tiga di Pulau Tuba pada 12 hingga 14 Oktober 2023 lalu.

Program yang mendapat suntikan dana daripada Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ), Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan, UUM (BSD) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ini disertai oleh 31 pelajar selama tiga hari.

Kesemua mereka yang mengambil bahagian ini diberi bimbingan dalam subjek matematik agar dapat meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

Guru matematik Mohamad Azhar Abdullah djemput untuk memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian.

Dalam pada itu beberapa pelajar yang ditemui berharap program seperti ini akan diteruskan kerana memudahkan mereka memahami topik yang sebelum ini agak sukar.

“Sekarang, saya lebih faham topik-topik yang sebelum ini saya rasa susah, dan saya harap TISSA-UUM dapat adakan sekurang-kurangnya satu lagi sesi sebelum peperiksaan SPM nanti’, kata Mya Adalia  Abdullah salah seorang pelajar yang menyertainya.

Tujuh pensyarah TISSA-UUM dan lapan pelajar TISSA-UUM/INASIS SME-Bank bertindak sebagai mentor dalam program ini.

Sementara itu Pengetua SMKL, Mohamad Hisham Saadon yang hadir dalam program itu berharap pelajar sekolahnya dapat memperoleh kejayaan dalam peperiksaan SPM nanti selepas menyertai program ini.

Katanya, bimbingan dan program yang dianjurkan ini diharap dapat diteruskan oleh penganjur dengan pelajar-pelajarnya nanti.