UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

TNC HEPA bertemu staf UUMKL

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar UUMKL/UUM Today

KUALA LUMPUR: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed meluangkan masa berjumpa dan beramah mesra dengan semua kakitangan akademik dan pentadbiran UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) pada Khamis lalu.

Dalam perjumpaan yang dibuat tersebut, beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir dan terbuka untuk menerima cadangan dan pandangan dalam isu pelajar dan akademik kampus ini.

Dalam perjumpaan ini, Dr. Ahmad Martadha membuka ruang semua staf untuk menyatakan apa jua pandangan, cadangan dan isu bagi memastikan kebajikan pelajar dapat dipelihara dan urusan akademik berjalan lancar.

Beliau turut berharap platform sebegini dapat digunakan sebaiknya memandangkan pihak pengurusan amat mengharapkan pandangan dari staf dalam menambahbaik perkhidmatan universiti. 

Bagi memastikan hubungan erat antara kampus cawangan dan kampus utama, beliau turut menjemput staf untuk berkunjung ke Sintok bagi menggunakan segala kemudahan yang tersedia selain menikmati keindahan dan kehijauan yang ada selaras dengan kempen tahun melawat UUM dan bersempena 40 tahun penubuhan UUM.

Turut hadir, Provos UUMKL, Prof. Dr. Norlena Hasnan, Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal Mazlan serta Ketua-ketua Jabatan UUMKL. – Nur Afiqah Abu Bakar