UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

TNCPI adakan lawatan pertama ke IPDM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar IPDM/UUM Today

SINTOK, 16 Januari – Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail dalam rangka kerja lawatan ke pusat tanggungjawab di bawahnya bagi tahun 2024 telah memulakan lawatan pertamanya ke Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM).

Lawatan disambut oleh Pengarah IPDM, Prof. Madya Dr. Ummu Atiyah Ahmad Zakuan serta kakitangan IPDM. 

Dalam perbincangan semasa lawatan tersebut, Pengarah IPDM telah berkongsi mengenai perancangan yang telah dirancangkan serta membuka ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan pelbagai pemegang taruh sama ada di dalam dan luar negara termasuklah di dalam ekosistem UUM sendiri.

Perbincangan substantif ini turut disertai oleh Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UNIUTAMA Management Holdings Sdn. Bhd., Azman Hisham Che Doi membincangkan mengenai peluang yang boleh diterokai.

Di akhir pertemuan, Dr. Russayani menyatakan keperluan penjenamaan semula IPDM bagi menjayakan lagi misi dan visi IPDM serta mengangkat ia menjadi satu institut pemikiran kepimpinan yang disegani suatu hari nanti.

Beliau juga menegaskan akan kepentingan dan sumbangan institut ini kepada pembangunan dan pemikiran negeri dan negara.

Dr. Russayani mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh warga IPDM agar terus bersemangat dan berusaha bagi menjayakan agenda IPDM pada masa akan datang. – Noor Azizah Ismail