UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Diskaun saman bayar RM50 untuk saman 2022

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Google dan The Star

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam mengumumkan diskaun khas bayaran saman bermula 21 April hingga 21 Mei bagi kesalahan trafik tahun 2022 dan tahun sebelumnya.

“Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023,” kata beliau.

Bagi memastikan kelancaran perjalanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar pada 18 and 19 April 2023 dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan.

Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April 2023 bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

Tol Rahmah percuma selama empat hari untuk rakyat pulang ke kampung pada hari raya.

Anwar turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju melaksanakan Tol Rahmah percuma, pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

Anwar berkata, tol percuma itu akan bermula dari 19 April 2023 (hari ini) hingga 21 April 2023 (Jumaat).

Selain itu, tol percuma juga akan dilaksanakan pada 24 April 2023 (Isnin).

Anwar umum diskaun khas bayaran saman dan Tol Rahmah percuma sempena sambutan Aidilfitri.

“Pelaksanaan Tol Rahmah Percuma akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

“Ikhtiar ini diharapkan dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung,” katanya pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri, dekat sini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.