UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Tragedi rusuhan bola sepak Indonesia ragut lebih 174 nyawa

MALANG, INDONESIA: Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) membuat keputusan Liga 1 Indonesia bakal direhatkan selama seminggu akibat tragedi berdarah yang meragut nyawa lebih 174 orang termasuk dua anggota polis manakala 180 cedera dalam kejadian yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia malam tadi.

Tragedi berkenaan berlaku selepas penyokong Arema FC merusuh masuk ke dalam padang permainan kerana tidak berpuas hati atas kekalahan kelab tersebut kepada musuh tradisi, Persebaya Surabaya dengan jaringan 3 berbalas 2.

Menurut Ketua polis Indonesia di wilayah Jawa Timur, Nico Afinta, bagi meleraikan kekecohan yang berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan bola sepak berkenaan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata yang mengakibatkan lebih ramai penonton merempuh masuk dan berlaku kes sesak nafas.

Nico Afinta berkata, lebih kurang 3,000 daripada 40,000 penyokong yang hadir cuba memasuki kawasan padang.

Sementara itu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan rasa dukacita terhadap tragedi yang berlaku dan berharap tragedi bola sepak kali ini merupakan yang terakhir berlaku di Indonesia.

Jokowi turut mengarahkan agar Ketua Polis Indonesia dapat menjalankan siasatan terperinci berkaitan tragedi berkenaan. Selain itu juga, beliau mengarahkan Menteri Belia dan Sukan Indonesia dan Ketua PSSI agar dapat mengkaji tahap keselamatan di semua perlawanan bola sepak negara itu selepas ini.

Penyokong membawa penonton yang tercedera akibat rusuhan yang berlaku dalam perlawanan bola sepak di Stadiun Kanjuruhan, Malang, Indonesia. [Gambar AP/Yudha Prabowo]

Gambar utama diambil daripada rakaman skrin video REUTERS. REUTERS TV melalui REUTERS.