UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Ubah sikap demi kelangsungan hidup

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Shamsaimi Ezil/UUM Today

SINTOK: Dalam dunia yang semakin mencabar di era selepas pandemik Covid-19, graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dinasihatkan agar mengubah sikap dan peribadi demi kelangsungan hidup di alam pekerjaan. 

Pro-Canselor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah Darul Aman bertitah, graduan perlu menjadikan suasana sekarang sebagai titik perubahan kepada sikap lebih positif.

Titahnya, graduan harus mempunyai ketahanan dalam menghadapi cabaran pascapandemik yang memerlukan usaha pembentukan karakter yang berkesan lebih ampuh.

Seperti yang digagaskan oleh Pengerusi ‘Center for Curriculum Redesign’ di Boston, Amerika Syarikat, Charles Fadel bahawa kemahiran insaniah merupakan sebahagian daripada pendidikan abad ke-21 yang sangat penting.

Justeru, Pro-Canselor menyeru agar graduan universiti ini mesti memiliki daya tahan yang jitu terutamanya ketika mengharungi ketidakpastian demi menentukan destinasi atau titik akhir.

Tuanku Pro-Canselor menasihati graduan agar mengubah sikap dan peribadi demi kelangsungan hidup di alam pekerjaan. Muhammad Shamsul Shafie/UUM Today

“Majikan kini bukan sekadar melihat kepada kelulusan, malah lebih cenderung memilih graduan yang mempunyai kompetensi menyeluruh. 

“Graduan juga perlu lebih berani mengambil risiko keluar dari zon selesa dengan mencabar keupayaan diri untuk menjadi lebih baik daripada sekarang. Tidak perlu takut untuk melakukan pekerjaan di luar bidang pengajian. 

“Apa yang penting, graduan perlu bersedia dan berusaha memperbaiki diri bagi memastikan setiap cabaran kerja yang dilakukan dapat diatasi dengan baik lebih bersemangat dan tabah serta menjadikan kegagalan lalu sebagai pengalaman dan pengajaran,” titahnya.

Pada majlis itu, Tuanku Pro-Canselor telah menyampaikan ijazah kepada 468 graduan bagi sesi kedua pada Majlis Konvokesyen Ke-34 UUM, pagi tadi.