UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UniSHAMS ceburi bidang profesional halal di UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Berita dan gambar Nurul Syahidah Muhamad Puzi/UUM Today

SINTOK, 13 Mac – Institut Pengurusan Halal (IHM) di bawah pengurusan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima penyertaan dari beberapa pensyarah serta pegawai tertinggi pentadbiran dari delegasi Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzzam Shah (UniSHAMS) dalam program Latihan Profesional Pensijilan Eksekutif Halal bagi sesi 2024.

Pengarah IHM, Dr Nor Aina Mhd Khotib berkata, latihan tersebut telah diadakan selama sembilan hari bermula dari 19 Februari lalu.

Menurutnya, penyertaan delegasi tersebut secara tidak langsung memberi impak yang besar terhadap jaringan kerjasama antara universiti serta jaringan industri halal di Malaysia terutama di zon utara.

“Rata-rata peserta yang telah hadir menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kerana diberikan peluang menyertai latihan, sekali gus membuka mata terhadap aspek penting isu halal dan haram yang wujud di dalam Malaysia.

“Pihak IBS mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta dan semoga lebih banyak kolaborasi serta kerjasama dapat dilakukan Bersama pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah di Jabatan Pendaftar UniSHAMS, Fahmi Sheikh Omar berkata, ruang perbincangan yang tersedia ini membantu kedua-dua pihak penganjur dan peserta dalam meningkatkan kefahaman terhadap hala tuju pelaksanaan perundangan melibatkan industri halal di Malaysia.    

Hadir sama ketika majlis penutup program adalah Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Prof. Madya Dr. Selamah Maamor; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UniSHAMS, Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md. Hussain dan barisan tenaga pengajar halal.