UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Unmanned Concept Store buka peluang UUM teroka peluang AI

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar CUIC/UUM Today

SINTOK: Liew Seong Yan memulakan kerjaya sebagai Pengurus Jualan Pemasaran dengan Jabatan Perkhidmatan Kad, MBF Finance Berhad pada tahun 2002.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Urusan sebuah syarikat pembangunan hartanah, Kota Jelita Sdn Bhd dan menyelia beberapa projek pembangunan kediaman di Kedah.

Kemajuan kerjayanya diteruskan dengan pelantikannya sebagai Pengarah Projek yang bekerja di bawah Jerai Gemilang Sdn Bhd. Selain industri pembangunan perumahan, Liew telah menceburi dan menjalankan beberapa projek R&D dalam industri Bioteknologi dan Tenaga Diperbaharui di Taiwan dan China.

Pada 2007, dengan kerjasama rakan kongsi teknologinya dari Taiwan, Jamu Nanometer Biotechnology Co. Ltd. telah melancarkan pertama BioDiesel (B100) di Malaysia International Commodity Conference & Showcase (MICCOS).

Kini Liew adalah salah seorang pengasas bersama THB Power Sdn Bhd (THBP) dan kini menganggotai Lembaga Pengarah sebagai Pengarah Eksekutif.

Beliau merupakan salah seorang ahli Majlis Penasihatan Universiti-Industri, Universiti Utara Malaysia (MPUI UUM) sejak tahun 2019, Liew sentiasa menyokong inisiatif UUM untuk terus merapatkan jurang diantara institusi pendidikan tinggi dan industri bagi menjamin ekosistem pendidikan negara yang terus mampan seiring dengan keperluan dan industri. Selain itu hubungan rapat diantara kedua-dua entiti ini juga diharap dapat membantu memacu pembangunan komuniti sekitar.

Bagi mengukuhkan usahasama bersama, Liew berhasrat mengembangkan kerjasama perniagaan dengan penyediaan perkhidmatan rangkaian kedai serbaneka tanpa pekerja (unmanned concept store).

Kerjasama ini juga dilihat menyokong inisiatif pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi dalam membuka peluang UUM terokai bidang kecerdasan buatan (AI) dan menjadikan kerjasama ini sebagai platform mewujudkan ‘Teaching Factory‘ di UUM.

Kedai tanpa pekerja ialah konsep kedai serbaneka di mana tiada kakitangan perkhidmatan dan tiada juruwang di dalam kedai. Urus niaga dikendalikan melalui aplikasi mudah alih, tidak seperti kedai serbaneka automatik, konsep kedai tanpa pemandu bergantung pada teknologi berkaitan telefon pintar dan kecerdasan buatan.

Rangkaian kedai ini dijangka dapat membantu komuniti UUM dan sekitar bagi mendapatkan keperluan diluar waktu operasi. Kedai serbaneka yang di jenamakan sebagai ‘The Panas Grocer‘ ini dijangka dibuka di Varsity Mall dan sekitar Inapan Siswa.

Turut hadir sama ke perbincangan dan tinjauan lokasi bersama Mr Liew, Pengarah Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan, Prof. Madya Sr. Dr. Mohamad Sukeri Khalid; Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam; Timbalan Pengarah (Jaringan Industri), CUIC, Dr. Normalisa Md Isa  serta wakil industri, Ketua Pegawai Eksekutif Flexten Capital, Peter Wong. – Siti Nazirah Jaya