UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Usaha mesti luar biasa – NC UUM

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

SINTOK: Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah menyarankan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbok, Kedah berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita untuk ke menara gading.

Katanya, niat dan minat untuk menjejak kaki ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sahaja tidak mencukupi tetapi perlu bekerja keras dan berusaha untuk mencapai kepuasan dan menempah tempat ke universiti.

“Pelajar tingkatan enam ini adalah permata negara kerana anak-anak semua adalah pewaris negara yang akan mencorakkan masa depan Malaysia,” ujarnya ketika bertemu dengan 77 pelajar dan sembilan guru tingkatan enam SMK Merbok di Pusat Konvensyen, UUM şemalam.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman bersama pelajar tingkatan enam SMK Merbok. – Gambar Oleh: Shamsaimi Ezil/UUM Today

Ketika sesi ramah mesra itu beliau meminta mereka untuk berusaha dengan gigih dan menggembirakan hati ibu bapa, keluarga dan guru yang mendidik nanti.

Katanya, sebagai pelajar jangan terlalu leka dengan keseronokan dalam usia remaja ini dan perlu melihat ke hadapan untuk berjaya.

“Perjuangan masa dulu dan pengorbanan ibu bapa perlu dikenang dan gantikanlah kesemua hasil titik peluh itu dengan mencipta kejayaan,” sambung beliau lagi.

Dalam pada itu guru akademik SMK Merbok, Musa Abdul Hamid yang ditemui berkata, pelajarnya bukan sahaja ingin melihat suasana kampus UUM malah ingin sekali untuk bertemu dengan Naib Canselor yang dilihat dapat menyuntik semangat mereka untuk menempah tiket ke UUM khususnya.

“Alhamdulilah walaupun Prof. Dr. Haim Hilman sibuk dengan urusan universiti namun beliau sudi untuk bersama anak-anak dari sekolah luar bandar ini,” katanya.

Dalam sesi lawatan ini semua pelajar dan guru dibawa melawat sekitar kampus dan mendengar taklimat akademik untuk melanjutkan pengajian di universiti ini dari Penolong Pengarah Kanan Jabatan Hal Ehwal Akademik, Azlina Yahaman.

Guru akademik SMK Merbok, Musa Abdul Hamid (kanan) ketika sesi bersama pelajar sekolahnya dengan Naib Canselor UUM.