UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM bantu lahirkan 5,000 graduan PhD Universitas Muhammadiyah Indonesia

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Dr Azahar Kasim/UUM Today

JAKARTA, 17 Julai 2023: Majelis Diktilitbang PP Muhammadiyah akan mempersiapkan lebih 5,000 pelajarnya untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Malaysia melalui bantuan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Hari ini, UUM yang diwakili Naib Canselornya, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan menandatangani Surat Hasrat (LOI) dengan Majelis Diktilitbang PP Muhammadiyah yang diwakili Ketua Majlisnya, Prof. Dr. Bambang Setiaji.

“Saya melahirkan rasa syukur kerana UUM dapat membantu dan menjalinkan kerjasama dengan Majelis Diktilitbang PP Muhammadiyah dalam melahirkan graduan peringkat S3 atau PhD, khususnya di UUM.

“Calon yang dihantar ke UUM akan memulakan sesi pengajian mereka pada September atau Oktober ini bagi tempoh lima tahun,” kata Dr. Mohd Foad.

Calon PhD berkenaan adalah sebahagian daripada pensyarah dan staf Muhammadiyah dari seluruh Indonesia yang akan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan, perniagaan dan kejuruteraan.

Secara keseluruhan, lebih 5,000 pelajar dari Muhammadiyah Indonesia dan Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) di Perlis akan melanjutkan pengajian peringkat PhD di Malaysia termasuk ke beberapa universiti awam lain di negara ini.

Dr. Mohd Foad berkata, sekurang-kurangnya 1,000 graduan PhD boleh dilahirkan apabila mereka menyambung pengajian ke UUM.

Sebelum ini, Naib Canselor UMAM, Prof Madya Ir. Dr Waluyo Adi Siswanto telah mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor UUM bagi mempercepatkan proses dan hasrat untuk melahirkan 5,000 graduan PhD.