UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM bantu pensyarah capai KPI dan jadi ‘learning designer’

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar IETLE/UUM Today

SINTOK: Institute Excellent Teachers & Leaders in Education (IETLE), Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan Bengkel ‘How To Build A Successful Online Course In Openlearning’ selama dua hari, baru-baru ini di EDC UUM.

Bengkel ini ialah hasil kolaborasi di antara OpenLearning Global (M) Sdn. Bhd. dan Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC), UUM.

Pengarah IETLE – Prof. Madya Dr. Norliza Kushairi​ berkata, seramai 41 peserta dari UUM, Universiti Sains Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Universiti Antarabangsa Albukhary dan agensi swasta telah menyertai bengkel tersebut.

Menurutnya, tujuan bengkel bertujuan membantu pensyarah UUM khususnya, untuk mencapai KPI T1D2P5 (bilangan kursus MOOC yang ditawarkan) dan membantu peserta lain menjadi ‘learning designer’ melalui platform ‘Massive Open Online Course’.

Sepanjang bengkel, peserta telah didedahkan dengan pelbagai input, antaranya tentang falsafah dan strategi menjadi ‘learning designer’, teknik menggunakan ‘course authoring tools’, manfaat dan kelebihan platform Open Learning sebagai platform pembelajaran MOOC serta kaedah membina kursus MOOC secara berstruktur dan bersistematik.

Bengkel ini mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada keseluruhan peserta dan mereka mengalu-alukan penganjuran bengkel seperti ini pada masa hadapan. – Ahmad Bisthami Ali Basah