UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM buka peluang kerjasama antara Centre for Logistics and Transport (CeLT) dan Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd.

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar CUIC/UUM Today

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) telah mengambil inisiatif dalam membuka peluang kerjasama antara Centre for Logistics and Transport (CeLT) dan Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat pengedar motosikal berjenama KTM.

Pengarah CUIC, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam berkata, perbincangan secara dalam talian baru-baru ini memberi fokus kepada program ‘Defensive Riding’ yang bertujuan untuk menerangkan aspek-aspek keselamatan jalan raya dan juga memberi peluang kepada staf UUM untuk melakukan pandu uji model-model motor KTM.

Menurutnya, program tersebut diharap dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang keselamatan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal.

“Kerjasama ini merupakan satu langkah positif dalam mempromosikan keselamatan jalan raya dalam kalangan warga universiti yang merupakan pengguna jalan raya yang aktif.

“Kerjasama ini juga dijangka akan membuka peluang lebih luas bagi interaksi dan projek bersama antara universiti dan industri dalam masa depan, khususnya dalam bidang logistik dan pengangkutan, yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan komuniti secara keseluruhan,” ujarnya.

Sesi perbincangan ini disertai wakil dari CeLT, Ts. Dr. Nur Khairiel Anuar yang juga Pengerusi Program Logistik dan Pengangkutan (STML) serta Senior Executive of Dealer Development, Lim Kee Seng mewakili Eurotech Wheel Distribution.

Eurotech Wheel Distribution selaku pengedar motor berjenama KTM melihat kerjasama ini sebagai sebuah peluang untuk meluaskan pengetahuan masyarakat mengenai produk mereka dan juga sebagai sebuah tanggungjawab sosial dalam mempromosikan keselamatan jalan raya.

Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak telah menyatakan komitmen untuk bekerjasama dalam program ‘Defensive Riding’ dan yakin bahawa program itu akan memberikan manfaat yang besar kepada UUM dan komuniti setempat dalam aspek keselamatan jalan raya. – Siti Nazirah Jaya